Hukum Sembelih Guna Kaedah Lain
Soalan : Apakah hukum penggunaan kejutan elektrik atau penggunaan dadah tertentu bagi meringankan kesakitan binatang sebelum disembelih seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah negara Islam?
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis baginda turut mengingatkan umatnya bahawa Allah s.w.t telah menetapkan sifat ihsan ke atas semua perkara. Sehubungan itu, umat Islam diingatkan supaya berlaku baik kepada haiwan-haiwan yang hendak disembelih. Ulama pula menjelaskan, ihsan semasa sembelihan ialah melakukannya dengan lembut, tidak menyembelihnya dengan kasar, tidak membawa binatang sembelihan dari satu tempat ke satu tempat serta menajamkan alat sembelihan.
Inilah perintah dan arahan Allah berkaitan dengan proses penyembelihan, dari segi apa yang halal dan apa yang haram.
Inilah perintah dan arahan Allah berkaitan dengan proses penyembelihan, dari segi apa yang halal dan apa yang haram.
Berhubung dengan soalan mengenai penyembelihan menggunakan kejutan elektrik atau dadah, ulama menegaskan bahawa ia terpulang kepada beberapa syarat.
Pertama, ia dibenarkan sekiranya cara itu dapat menenangkan haiwan tersebut sebelum disembelih serta melemahkan `tentangannya' semasa disembelih.
Kedua, kejutan elektrik atau dadah itu tidak memberi kesan kepada nyawa haiwan sembelihan tersebut. Maknanya, haiwan itu masih dapat hidup seperti biasa sekiranya ia dilepaskan iaitu tidak disembelih selepas melalui proses berkenaan.
Jika haiwan tersebut diandaikan akan mati juga walaupun tidak disembelih selepas melalui proses kejutan elektrik atau penyuntikan dadah itu, maka kematiannya selepas disembelih adalah diragui. Dalam keadaan ini, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya adalah disebabkan oleh kejutan elektrik atau akibat penggunaan dadah sebelum disembelih.


0 comments:
Post a Comment