Sunday, October 6, 2024

Filled Under:

Latar Belakang Sejarah

 

Latar Belakang Sejarah

Dalam sejarah sebagaimana yang disampaikan dalam Al Qur'an, terdapat peristiwa dilakukannya ritual korban dan salah satunya saat Nabi Ibrahim akan mengorbankan Nabi Ismail atas perintah Allah. Disebutkan dalam Al Qur'an, Allah memberi perintah melalui mimpi kepada Nabi Ibrahim untuk mempersembahkan Ismail. Diceritakan dalam Al Qur'an bahawa Ibrahim dan Ismail mematuhi perintah tersebut dan tepat saat Ismail akan disembelih, Allah menggantinya dengan domba. Berikut petikan surat As-Saaffaat ayat 102-107 yang menceritakan hal tersebut.
Nabi Ibrahim telah mendapat perintah untuk menyembelih anaknya melalui mimpi. Pada malam yang pertama iaitu pada Hari Tarwiyah, Nabi Ibrahim telah bermimpi Baginda menyembelih anaknya. Tarwiyah ialah pada 8 Zulhijjah dan membawa maksud berpikir atau merenung. Maka, Hari Tarwiyah disebut juga hari merenung, berpikir, dan keragu raguan di mana selepas pada itu Baginda berfikir sama ada mimpi tersebut adalah datangnya dari Allah SWT atau hanyalah mainan syaitan. Nabi Ibrahim telah bermimpi pada kali kedua iaitu pada 9 Zulhijjah dan dinamakan Hari Arafah yang bermaksud mengetahui di mana Baginda telah mendapat tahu dan yakin bahawa mimpi tersebut merupakan dari Allah SWT. Pada hari yang berikutnya Nabi Ibrahim masih bermimpi situasi yang sama dan pada 10 Zulhijjah, Nabi Ibrahim telah mengambil keputusan untuk melaksanakan mimpi tersebut iaitu dengan menyembelih anaknya. 10 Zulhijjah digelar Nahru yang bermaksud sembelih kerana Nabi Ibrahim yakin bahawa Allah memerintahkan Baginda untuk melakukan penyembelihan. Penceritaan mimpi Nabi Ibrahim ini juga turut disebut di dalam al-Quran. Firman Allah dalam Surah as-Shaffat ayat 102 : 

 ن َ ِ م ُ َّللَّٱ َ ءٓ اَش نِ إ ٓ ِ ن ُّ د ِ جَ ت َ س ُ ر َ م ْ ؤُ ت ا َ م ْ لَ عْ فٱ ِ ت َ بَأٓ َ ٰ ي َ لاَق ٰىَ رَ ت اَذا َ م ْ رُظنٱَف َ َ نيِِ ك َُ ب حْذَأ ٓ ِ ب ِٰ َّصلٱ ِ ن َّأ ِ ما َ ن َ مْلٱ ِ ف ِ ٰىَ رَأ ٓ ِ ِ ن ِّ إ ََّ ن َ ُ بٰ َ ي َ لاَق 

 Bermaksud : Ibrahim berkata, "Hai Anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab, "Hai Bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Mimpi Nabi Ibrahim merupakan wahyu daripada Allah SWT. Allah telah menyampaikan wahyu kepada nabi-nabiNya melalui pelbagai cara seperti contoh melalui perantaraan Malaikat Jibril atau secara lain seperti mimpi yang baik dan benar. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan disebutkan oleh Al-Tirmidzi dalam Manaqib Umar bin Al-Khattab: 

 "يْ ح َ و ِ ما َ ن َ مْلا ِ ف ي ِ ءا َ يِ بْنَ ْ ل أا َ يَْ ؤ ُ ر" : َ مَّ ل َ سَ و ِ ه ْ يَلَ ع ُ َّ ل ل ّ َا ىَّ ل َص ِ َّللَّا ُلو ُ سَ ر َ لاَق : َ لاَق ٍساَّب َ ع ِنْ با ِنَ ع 

 Bermaksud : Dari Ibnu Abbas RA yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mimpi para nabi itu merupakan wahyu”.  




Sumber Lanjut Tekan Disini :





0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MPU23025 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.