Sunday, November 3, 2024

Filled Under:

Alatan Penyembelihan

Alatan Penyembelihan

Bila memperkatakan tentang penyembelihan haiwan menurut islam bagi memastikan haiwan tersebut halal dimakan, salah satu perkara penting yang kita perlu ketahui adalah penggunaan peralatan untuk sembelih. Jika diperhatikan, penyembelih berpengalaman akan menggunakan pisau yang mempunyai ketajaman yang luar biasa supaya dapat menembusi kulit haiwan yang disembelih dengan betul.


i) Alat itu hendaklah boleh melukakan disebabkan ketajamannya. seperti yang diperbuat daripada besi, tembaga; timah, kaca, batu dan seumpamanya.

Sembelihan dianggap tidak sempurna apabila ia mati disebabkan hentakan dengan benda berat seperti dengan batu yang tidak tajam.

Dalilnya ialah hadis riwayat al‘-Bukhari dan Muslim sebelum ini:
“Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia.”

Mengalirkan darah (menumpahkannya) hanya berlaku dengan alat yang melukakan disebabkan ketajamannya. Manakala alat yang mematikan kerana hentakan beratnya maka ia tidak akan mengalirkan darah.


ii) Alat sembelihan itu bukanlah gigi ataupun kuku.

Tidak halal sembelihan yang menggunakan salah satu daripadanya walaupun ia melukakan dan ketajamannya mengakibatkan mengalirnya semua darah.

Ini disebabkan sembelihan dengan salah satu daripadanya telah dikecualikan oleh nas hadis daripada keumuman keharusan menyembelih dengan alat-alat yang diharuskan. Sab da Nabi .s‘a.w. pada akhir hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a. yang diriwayatkan oleh as-Syaikhain dan telah disebutkan sebelum ini:

”Selagi mana ia tidak menggunakan gigi dan kuku. ”

Termasuk dalam hukum gigi dan kuku ialah semua jenis tulang sama ada tulang manusia ataupun selainnya.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MPU23025 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.