Sunday, October 6, 2024

Filled Under:

Kenapa Binatang Wajib Disembelih ?




Pensyarah : Pn. Marianti Binti Mat Dris

Program : Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Kelas : DEE5B

Sesi : 1 2024/2025 

Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Hafizhat Fahim Bin Hafizu - 04DEE22F1036

                        2) Muhammad Nasruddin Bin Mohd Zakuan - 04DEE22F1051


PENGENALAN

Sembelih adalah proses menyembelih atau mengorbankan haiwan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam syariat Islam. Proses ini melibatkan penyembelihan haiwan dengan cara memotong salur pernafasan (trakea), salur makanan (esofagus), dan dua urat leher utama untuk memastikan kematian haiwan dengan cepat dan mengurangkan penderitaan. Penyembelihan mesti dilakukan oleh seorang Muslim yang berakal, menggunakan alat yang tajam, sambil menyebut nama Allah (mengucapkan "Bismillah" atau "Bismillah Allahu Akbar"). Sembelihan mengikut hukum syarak adalah wajib bagi menjadikan daging haiwan tersebut halal untuk dimakan dan ibadah ini adalah sempena mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya.


Kenapa Wajib Disembelih? 

Kenapakah binatang ternakan perlu disembelih sebelum boleh dimakan? Kenapa tidak boleh dimatikan dengan pelbagai kaedah lain?. Allah SWT telah berfirman dengan sangat jelas bahawa binatang yang dimatikan dengan cara selain dari menyembelih dengan menyebut nama Allah adalah bangkai dan haram di makan. Dalam surah Al-Maidah[Hidangan](5:3) Allah SWT berfirman yang berbunyi: 
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha.”


4. Hukum Sembelih Guna Kaedah Lain

Soalan : Apakah hukum penggunaan kejutan elektrik atau penggunaan dadah tertentu bagi meringankan kesakitan binatang sebelum disembelih seperti yang dipraktikkan oleh beberapa buah negara Islam?

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis baginda turut mengingatkan umatnya bahawa Allah s.w.t telah menetapkan sifat ihsan ke atas semua perkara. Sehubungan itu, umat Islam diingatkan supaya berlaku baik kepada haiwan-haiwan yang hendak disembelih. Ulama pula menjelaskan, ihsan semasa sembelihan ialah melakukannya dengan lembut, tidak menyembelihnya dengan kasar, tidak membawa binatang sembelihan dari satu tempat ke satu tempat serta menajamkan alat sembelihan.
Inilah perintah dan arahan Allah berkaitan dengan proses penyembelihan, dari segi apa yang halal dan apa yang haram.

Berhubung dengan soalan mengenai penyembelihan menggunakan kejutan elektrik atau dadah, ulama menegaskan bahawa ia terpulang kepada beberapa syarat.

Pertama, ia dibenarkan sekiranya cara itu dapat menenangkan haiwan tersebut sebelum disembelih serta melemahkan `tentangannya' semasa disembelih.

Kedua, kejutan elektrik atau dadah itu tidak memberi kesan kepada nyawa haiwan sembelihan tersebut. Maknanya, haiwan itu masih dapat hidup seperti biasa sekiranya ia dilepaskan iaitu tidak disembelih selepas melalui proses berkenaan.

Jika haiwan tersebut diandaikan akan mati juga walaupun tidak disembelih selepas melalui proses kejutan elektrik atau penyuntikan dadah itu, maka kematiannya selepas disembelih adalah diragui. Dalam keadaan ini, daging sembelihan tersebut haram dimakan atas andaian kematiannya adalah disebabkan oleh kejutan elektrik atau akibat penggunaan dadah sebelum disembelih.


5. Kelebihan Sembelihan Kaedah Islam Menurut Sains


Kaedah penyembelihan secara Islam yang dikatakan menyeksa haiwan itu, telah lama ditentang oleh para cendkawan dan saintis mereka sendiri. Hasil kajian oleh pakar barat mengakui bahawa banyak kebaikan penyembelihan secara Islam.

1) Pada awal 1927, seorang saintis Jerman Bongart dengan pasukannya melakukan kajian menyeluruh tentang ritual pemotongan anak lembu dan mencapai kesimpulan bahawa jika amalan sembelihan dilakukan dengan betul, maka tidak ada kekejaman yang dijumpai.
 
2) Pada tahun 1964, Sarjana Eropah lain seperti Spoerri mempunyai keyakinan yang sama ketika dia membuat kajian tentang sembelihan ritual sekitar 50 haiwan dalam makmal. Amalan sembelihan tidak menunjukkan rasa sakit seperti pembunuhan dengan menggunakan  elektrik atau gas.
 
3)  Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Jabatan Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.



6. Kesimpulan

Dalam konteks keagamaan, khususnya dalam Islam, penyembelihan binatang harus mengikuti kaidah yang ditetapkan syariat, seperti memastikan binatang dalam keadaan sehat, menggunakan alat yang tajam, menyebut nama Allah (Basmallah), dan memastikan binatang mati dengan cara yang cepat dan tanpa rasa sakit berlebihan. 

Dari segi etika, isu kesejahteraan binatang sering kali dibahas, seperti cara penyembelihan yang memastikan minimnya penderitaan binatang. Ada juga perbincangan mengenai kepentingan manusia untuk mendapatkan makanan yang bersih dan halal dari segi agama, serta kepentingan menjaga kebersihan dan kehalalan daging.

Secara umum, kesimpulannya, penyembelihan binatang perlu dilakukan dengan mempertimbangkan kesejahteraan binatang dan mengikuti tuntunan agama serta aturan yang ada, agar proses tersebut tidak menimbulkan penderitaan yang tidak perlu bagi binatang serta menghasilkan daging yang aman dan sesuai kepercayaan.


7. Rumusan

Rumusan mengenai penyembelihan binatang melibatkan tiga elemen utama: kepatuhan terhadap hukum agama, etika kebajikan haiwan, dan aspek kebersihan. Penyembelihan harus dilakukan menurut syariat yang memastikan kehalalan, menggunakan kaedah yang meminimalkan penderitaan haiwan, serta menjaga kesucian dan keselamatan hasil sembelihan untuk dimakan oleh manusia.


8. Sumber

i) https://mekmad.blogspot.com/2017/08/kenapa-islam-mewajibkan-binatang.html
ii) https://skypin.tripod.com/fatwa/fatwa11.html
iii) https://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadah_korban

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 MPU23025 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.